Isnin, 13 Jun 2011

WARKAH UNTUK SAHABAT



Sahabat,nantikan bila tiba hari lahir saya,saya tak nak hadiah atau ucapan apa-apa pun.Kalau nak bagi juga saya terima,saya ucapkan terima kasih sebab kata orang rezeki jangan ditolak,maut jangan dicari…hehehehe.Kalau tak bagi pun tak apa,saya tak kecil hati,sebab bagi saya semua tu tak penting.Kita lebih mementingkan ikatan ukhwah dengan sahabat,saya sayangkan sahabat sayang semata-mata kerana ALLAH.Sahabat yang baik susah nak dicari,jadi saya nak hargai sahabat yang setia dengan kita.Kita nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih untuk sahabat,kerana sahabat sanggup susah senang bersama kita.Sahabat sanggup melayan kerenah kita yang berbagai-bagai.Terkadang saya menyakiti hati sahabat….maafkan saya ya sahabat.

Sahabat,kalau sahabat nak bagi juga hadiah atau ucapan….nanti bila saya dah tak ada,sahabat bagilah,masa tu saya terima dengan hati yang terbuka,sebab saya amat memerlukan hadiah dan ucapan dari sahabat.Bila sahabat dengar saya dah tak ada nanti,sahabat ucapkanlah innalillahi….juga sahabat bagilah hadiah,saya tak nak hadiah yang mahal-mahal cukuplah dengan Surah Yasin,Al-Fatihah dan doa untuk saya supaya bila saya kat sana nanti saya akan tenang,tempat pengabdian saya akan disinari cahaya,saya tak nak bergelap,sesungguhnya saya takut dengan siksaan kubur.Itulah yang paling penting dan itulah jugalah yang saya harapkan dari sahabat.

Sebab tu la saya tak berapa nak mementingkan hadiah dan ucapan hari lahir,sebab saya tahu semua itu tak kekal lama.Saya nakkan syurga ALLAH,tapi saya tak tahu sama ada saya layak ke tak.Saya juga tak tahu sama ada amalan yang saya lakukan ini di terima atau tak,hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI.Saya memang mengharap sangat-sangat syurga ALLAH.Kita sedar sebagai makhluk ALLAH yang bergelar insan,kita sering sahaja melakukan kesilapan.Saya bukanlah yang terbaik,tapi saya nak cuba juga jadi yang terbaik….insyaALLAH.

Sahabat,bila saya dah tak ada nanti….sahabat iringilah pemergian saya dengan doa,sebab itulah hadiah terbaik dari sahabat untuk saya dan di kesempatan ini saya nak minta maaf kat sahabat,andai saya ada menyakiti hati sahabat….sahabat maafkanlah saya.Saya juga nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana sahabat sudi menjalin ikatan ukhwah dengan saya.Saya gembira sebenarnya mengenali sahabat dan saya bersedih andai ikatan ukhwah antara saya dan sahabat berhenti setakat ini kerana bagi saya sahabatlah yang terbaik.

Sahabat,jangan pula lupakan saya,bila saya dah tak ada nanti….selalulah kirimkan hadiah untuk saya.Kalau kat dunia saya tak memerlukan sangat hadiah dari sahabat tapi kat sana nanti tentu saya mengharap sangat-sangat hadiah dari sahabat.Jangan lupakan saya ya….
Maafkan saya sekali lagi…Sahabat jangan pula bersedih,bila mendapat berita yang saya dah tak ada lagi kat dunia ni…Saya pergi menghadap kekasih yang sangat-sangat saya cintai iaitu ALLAH.Sesungguhnya solat,ibadah,hidup dan mati saya hanya kerana ALLAH.

Mati itu pasti,di dalam Al- Quran,surah Al-Ankabut ayat:57,ALLAH berfirman yang bermaksud:
“Setiap yang hidup akan merasai mati,kemudian kepada AKUlah akan dikembalikan”.
Manakala dalam surah Al-Anbiyaa’ ayat:35,ALLAH berfirman yang bermaksud:
“Setiap yang berjiwa akan merasai mati.Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan(yang sebenar-benarnya).Dan hanya kepada KAMIlah kamu dikembalikan”.

Sahabat,ingatilah pesanan saya sampai bila-bila…. “hargailah sahabat yang setia dengan kita,yang sanggup susah senang bersama….janganlah kita menidakkan kehadirannya,bila kita sudah mencapai kejayaan ataupun bila kita sudah senang…..bila kita dalam kesusahan,tak ramai yang datang menolong,malahan ramai yang menjauhikan diri….hanya sahabat yang setia,yang sayang  dengan kita akan bersama…..memberikan kata-kata perangsang,menguatkan kembali semangat kita,bila kita ditimpa musibah.Bila dia dah tiada,tak guna kita menyesal”…..ingat ya sahabat,pesanan saya ini….Saya sayangkan sahabat kerana ALLAH…bila saya dah tak ada,sahabat iringilah pemergian saya dengan doa….sayang sahabat kini dan selamanya kerana ALLAH.....Maafkan saya ya sahabat....


  

0 Comments: