Jumaat, 10 Jun 2011

KECACATAN BUKAN PENGHALANG SEGALANYA



Rutinku setiap bulan ialah menjalani pemeriksaan berkala di sebuah klinik.Setiap bulan aku ada temujanji dengan seorang doktor pakar.Nak kata sakitku serius tak juga,tapi tu lah kena juga jumpa doktor pakar.Setiap kali temujanji dengan doktor,mesti dikenakan bayaran RM5.Itu aku tak kisah,janji sakitku sembuh dengan cepat.

Suatu hari tu,aku ada temujanji dengan doktor pakar.Temujanji aku dengan doktor pakar pada pukul 10 pagi.Biasalah prosedur kat klinik,mula-mula sekali kena daftar.Masa menunggu pendaftaran tu lah aku terpandang seorang budak berpakaian jubah dan berserban.Budak tu aku rasa,dari sekolah tahfiz berhampiran.

Lama juga aku perhatikan budak tu,budak tu tak menyedarinya.Diam aje dia kat tempat menunggu,sementara menanti namanya dipanggil.Bila namanya dipanggil,dia pun bangun sambil jalan terhencot-hencot.Aku masih tetap memerhatikannya tanpa jemu-jemu.Rupa-rupanya dia kurang upaya,timbul belas kasihan dalam diriku.

Macam-macam yang aku fikirkan:
“Budak yang kurang upaya ini juga ada keinginan untuk menjadi seorang tahfiz…alhamdulillah,moga-moga ALLAH mempermudahkan segala-galanya”.
“Kalau budak ini ada keinginan sedemikian,mengapa kita yang ALLAH anugerahkan segala-galanya sempurna tiada langsung keinginan sedemikian”.
“Dalam susah payah dia berjalan,dengan langkah terhoyong-hayang,dia tanamkan azam untuk menjadi seorang tahfiz suatu hati nanti,mengapa kita yang ada sepasang kaki yang sempurna tidak mempunyai azam seperti dia.Kaki yang kita miliki,kita lebih suka melangkah ke tempat-tempat yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.Kita tak guna sepenuhnya untuk melangkah ke tempat-tempat yang boleh mendatangkan kebaikan untuk kita,kebaikan duniawi dan ukhrawi”.
Tepuk dada tanyalah iman.

Setiap kesukaran itu pasti ada kemudahan akhirnya.

Firman ALLAH dalam surah Al-Insyirah ayat :5 dan 6 yang bermaksud:

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”.

“(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”.

Memang belas sungguh aku melihatnya.Semangat,kesungguhan yang ada pada dirinya,berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain.Alhamdulillah,ALLAH kuatkan semangatnya untuk menuntut ilmu.

Aku sempat juga berbual dengannya.Katanya,walaupun keadaan dia sedemikian rupa dia tetap mahu menuntut ilmu.Dia ingin jadi seorang tahfiz suatu hari nanti.Kuat betul semangatnya.Kecatatannya tidak menghalang dia dari terus menuntut ilmu.Cekal sungguh hatinya.Katanya juga ilmu penting untuk duniawi dan ukhrawi.

Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Menuntut ilmu adalah fardu atas setiap orang Islam dan penuntut ilmu akan di doa keampunan oleh semua termasuk ikan-ikan di lautan”.

Sabda Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam:
“Siapa yang ingin melihat orang yang dimerdekakan ALLAH,daripada neraka,maka lihatlah para murid-murid (pelajar agama)maka demi ALLAH yang jiwa Muhammad di tangan-NYA,tiada seorang pelajar yang berulang-alik ke pintu orang alim melainkan ALLAH menulis untuknya bagi tiap huruf yang dipelajari dan tiap langkah sama dengan ibadah satu tahun dan untuk tiap langkah satu kota di syurga dan tiap ia berjalan dimintakan ampun oleh bumi dan tiap pagi dan petang tetap diampunkan dosanya dan disaksikan oleh malaikat,bahkan mereka berdua berkata: “Mereka inilah yang dimerdekakan oleh ALLAH dari api neraka”.

Aku sempat berbual dengannya hanya seketika cuma,sebab giliran aku untuk berjumpa doktor pakar dah tiba.Apapun aku kagum dengan semangat yang dimilikinya.Alhamdulillah,aku dipertemukan dengannya.Bila selesai temujanjiku dengan doktor pakar,aku sangkakan dia dah balik,rupa-rupanya giliran dia belum lagi menyusul.

Terdetik dalam hatiku untuk memberikan sedikit sumbangan padanya.Aku pun mengeluarkan RM5 dan aku masukkan ke dalam poket bajunya.Itu aje yang mampu aku berikan.Biarpun sedikit,asalkan niatku ikhlas kerana ALLAH.Biarlah tangan kiriku tidak mengetahui apa yang tangan kananku lakukan.Sebab ku tahu ALLAH MAHA MELIHAT DAN MAHA MENGETAHUI.

Sebak rasanya,bila dia dengan linangan air mata berbicara:
“Terima kasih banyak-banyak,moga ALLAH membalas segala kebaikan yang dihulurkan buat saya.Walaupun jumlahnya kecil,tapi amat bermakna sekali.Sebenarnya saya tak mahu gunakan kecacatan yang saya miliki untuk meraih simpati dari orang.Apapun saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih.Moga sentiasa dalam rahmat ALLAH hendakNYA”.

Tanpa ku sedari air mata jatuh berlinangan membasahi pipiku.Sebak sangat-sangat,sampai hari ini bicara itu masih kuingati.

DOA:
“Ya ALLAH,terangilah pandanganku dengan AL-QURAN dan dengannya lapangkanlah hatiku dan dapatlah kiranya aku beramal dengannya.Dan lancarkanlah lidahku dalam mengucapkannya dan teguhkanlah hatiku dengannya,dengan sebab dayaMU dan kekuatanMU.Sesungguhnya tidak daya untukku melakukan taat dan tiada upaya untukku menjauhkan maksiat melainkan dengan pertolonganMU,Ya ALLAH TUHAN YANG MAHA PENGASIH bagi sekalian yang berkasih sayang,Ya ALLAH,aku menitipkan kepadaku,maka perkenankanlah ENGKAU mengembalikannya lagi kepadaku ketika aku memerlukannya.Dan janganlah hendaknya ENGKAU melupakannya,ya TUHAN semesta alam”.




0 Comments: