Isnin, 13 Jun 2011

WANITA SOLEHAH (PELIHARALAH MALUMU)



“Salam…nikah gantung jom..Nak kahwin dengan awak”
Wanita yang solehah,dia tak akan sesekali berani menawarkan dirinya untuk di kahwini dan dia tak akan sesekali mengajak seorang lelaki berkahwin…andai dia yakin yang jodohnya telah ditetap sejak azali lagi.Wanita solehah juga,memiliki sifat pemalu kerana dia tahu malu itu sebahagian daripada iman.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Sifat malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali kebaikan”.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Daripada Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Iman itu lebih daripada tujuh puluh atau enam puluh cabang,maka yang paling afdalnya ucapan ‘Laailahaillallah’ dan yang paling rendahnya membuang perkara yang menyakiti dari jalan dan malu sebahagian daripada iman”.

Wahai wanita yang solehah,renungilah kata-kata pujangga ini:
 “Orang yang dituntun oleh agamanya,yang diluruskan oleh akalnya,yang dijaga oleh hartanya dan yang dihiasi oleh rasa malunya maka dia telah menghimpunkan semua nilai keutamaan dalam dirinya”.

“I love you…I love you so much…ILYSM…MY (I love you so much….miss you)
Macam-macam ungkapan yang ada untuk melahirkan isi hati atau menyatakan cinta pada seseorang.Patutkah seorang wanita yang berpendidikan agama,menutup aurat sepenuhnya dari hujung rambut hingga hujung kaki berkata begitu pada seorang lelaki yang bukan sesiapa pun pada dirinya,bukan suaminya.Mana letaknya maruah diri sebagai seorang wanita muslimah.Jika dia benar-benar seorang wanita muslimah,dia tak akan sesekali berani berkata begitu,kerana dia takutkan akan kemurkaan ALLAH.Wanita solehah tidak sesekali berkata begitu kerana dia boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.Dia tahu ungkapan itu berhak diberikan untuk siapa,untuk suaminya yang sah.Janganlah ikutkan nafsu semata-mata,nafsu boleh membawa seseorang wanita itu ke lembah kehinaan.Jagalah keperibadiaan sebagai seorang wanita muslimah yang sejati.Wanita solehah sentiasa mengharapkan syurga ALLAH untuk dirinya.

“Huhu,sori,yela tak nak…nikah gantung save dan safe…save duit,duduk asing tak apa aje…safe hati,tak la perasaan tu dosa”.
Pandai pula bagi cadangan ‘save dan safe’.Tapi bolehkah duduk asing-asing.Sesiapa pun boleh cakap begitu…lidah tak bertulangkan,sanggupkah menahan gelora dalam jiwa.Memanglah safe hati manakala perasaan tu tak menjadi dosa,tapi bahagiakah begitu.Semua orang nak kan kebahagiaan bila dah  berkahwin,bahagia hingga ke akhir hayat…bahagia hingga ke syurga.Dari segi penampilan,semuanya dah ok…tak perlu berubah,ya la menutup aurat sepenuhnya dari hujung rambut hingga hujung kaki.Yang perlu berubah ialah dari segi akhlak dan tingkahlaku.Sudah-sudahlah melayan perasaan…semua itu godaan nafsu iblis syaitan  aje yang cuba menyesatkan manusia akhir zaman.Jagalah  martabat dan maruah diri sebagai seorang wanita muslimah.Yakinlah yang jodoh seseorang itu dah ditetapkan sejak azali lagi.

Renungilah Firman ALLAH dalam surah An-Nuur ayat:21 yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui”.

ALLAH berfirman lagi dalam surah An-Nuur ayat:26 yang bermaksud:
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia”.

Lelaki yang soleh,tentu dia inginkan seorang isteri yang solehah dan dia harus berusaha untuk menjadi soleh sebelum dia dapat yang solehah.Ciri-ciri solehah yang selalu diperkatakan orang ialah wanita itu mesti solat,taat ibu bapa,berakhlak,tutup aurat,pandai mengaji,rajin berpuasa sunat dan lain-lain.Jika demikian,mencari yang solehah memanglah sukar sebab sudah tidak ramai lagi wanita yang memiliki sifat-sifat sebegitu.Yang lebih sukar ialah ‘menilai’ batiniahnya kerana sifat solehah itu tentulah berada di dalam hatinya.Yang menutup aurat pun belum tentu solehah. ‘Kulit’ baik,belum tentu isinya baik

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejuk mata (jiwa) ku di dalam sembahyang”.
(Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai)

Wahai wanita solehah,binalah benteng keimanan dalam diri,jadikanlah sifat malu itu sebagai perisai diri,hiasilah diri dengan akhlak yang menawan dan keperibadian yang anggun…moga-moga diri tergolong dalam kalangan wanita solehah yang sejati yang menjadi idaman setiap lelaki yang soleh…insyaALLAH…..AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN.

ALLAH berfirman dalam surah Al-Ahzaab ayat:35 yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar”.

RENUNG-RENUNGKANLAH WAHAI WANITA.


0 Comments: